VIDEO KORPORAT

RANACO Education & Training Instiute

SEJARAH PENUBUHAN

Ranaco ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai tindak balas kepada keperluan yang semakin meningkat untuk profesional dan kakitangan mahir dalam bidang maritim, keselamatan, luar pesisir, logistik dan hospitaliti di rantau ini.

RANACO membuka pintunya kepada semua yang ingin meningkatkan prospek kerjaya mereka melalui konsep pendidikan dan latihan industri kami yang unik. RANACO Marine Sdn. Bhd. menubuhkan Institut Pendidikan & Latihan RANACO, sebuah institut pengajian tinggi di bawah Akta Institut Pendidikan Tinggi (1996). 

Semua program RETI diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia. Konsep unik kami dalam menyediakan sijil industri kepada semua graduan kami adalah untuk memastikan mereka bersedia untuk memasuki industri. Ini terbukti apabila lebih daripada 75% graduan kami bekerja di lapangan dalam tempoh 6 bulan selepas selesai. (TracerStudy oleh Kementerian Pengajian Tinggi).

Pada masa ini kampus RETI bertempat di Daerah Chukai Kemaman, Terengganu. Kesemua penuntut bagi diploma & TVET akan menjalani proses pemebelajaran disini sehingga tamat pengajian.

LOKASI DI KEMAMAN

KELULUSAN & PENGIKTIRAFAN

FASILITI & KEMUDAHAN DI KAMPUS

PILIH BIDANG PENGAJIAN ANDA

Sektor Maritim
Sektor Oil & Gas
Sektor Logistik
Sektor Perhotelan
Occupational Safety And Health
Sektor Perniagaan

ALUMNI RANACO

Ranaco adalah antara intitusi yang menyediakan tawaran pengajian yang relevan dengan perkembangan dan permintaan semasa industri. Selain itu pendedahan pembelajaran yang menyeluruh dari pensyarah uang berkaliber dan berpengalaman sangat membantu untuk menjadi graduan kompeten. Syabas Ranaco!
Uswatun
Degree In Management
Sepanjang saya belajar di Ranaco, pelbagai ilmu dan perkongsian pengalaman kerja dari tenaga pengajar. Silibus dalam setiap pelajaran yang mencukupi, ringkas dn lengkap serta mudah difahami untuk dipelajari. Saya juga banyak mengikuti latihan dan menyertai pasukan ragbi serta pasukan Regimen Askar Wataniah dalm tempoh tersebut.
Ikram
Diploma In Integrated Management System
Ranaco banyak mengajar dari sudut teori dan praktikal bukan sahaja di sesi kuliah malah juga di sesi tidak langsung.Isi kandungan silibus juga sentiasa dikemaskini seiring dengan isu-isu semasa yang berbangkit di lapangan insdustri. Teknik sesi pembelajaran 2 hala juga menarik perhatian saya untuk lebih focus ketika belajar. Pengalaman yang tidak dapat dibeli adalah bila dapat berborak dengan otai-otai industry yang berada di sekitar kemaman. Banyak ilmu dan manfaat yang telah dikongsi bersama.
Haziq
Diploma In Occupational Safety & Health
Saya memilih Ranaco kerana Ranaco antara institute yang terkenal dengan pencapaian pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang yang dipilih seperti bidang OSH., bidang maritime dan sebagainya. Selain daripada itu, Ranaco juga menawarkan yuran kursus yang murah berbanding institute pengajian yang lain serta silibu yang diperakui oleh MQA. SAYA JUGA MEMILIH Ranaco kerana program OSH yang menjadi pilihan saya mendapat perakuan daripada Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP).
Effa
Diploma in Occupational Safety and Health
Sebagai bekas pelajar jurusan Marine Cargo Surveying, saya kini sudah 5 tahun bekerja sebagai process technician di Singapore dalam company Air Liquid Singapore. All the best Ranaco and thanks for all the knowledge that I get from all the lecturers. Mungkin rezeki saya dalam bidang Marine Survey tak panjang but atas tiket Diploma yang saya dapat dari Ranaco, saya Berjaya bina kerjaya di Ranaco dalam industry Petrochemical dan Gas. SAYA BANGGA DENGAN RANACO!!
Amir Naim
Diploma in Marine Cargo Surveying

6 Sebab Kenapa Anda Patut Pilih Ranaco!

Jaminan Kerja

Pinjaman Penuh Pendidikan

Percuma Sijil Industri

Kampus Bertempat Di Pusat Industri

Diiktiraf & telah Melahirkan lebih 10 Ribu Graduan

Asrama & Pengangkutan Disediakan

Soalan Lazim

Ranaco Education & Training Insitute Terletak PT 4568 Jalan Bengkel 1, Kawasan Perindustrian Jakar II, 24000 Kemaman, Terengganu.

Pada masa ini, Ranaco Education menawarkan 2 peringkat pengajian sijil (TVET) & Diploma.

Bahasa pengantar yang digunakan sebagaimana yang diluluskan oleh MQA- ialah Dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu.

Berikut Merupakan sumber pembiayaan yang ada di Ranaco Education:-

– PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)
– AFFIN EDUCATION FINANCING-I
– PEMBIAYAAN KHAS RANACO

– Cafe
– Library
– Trasportation
– Swimming Pool / Training pool
– Huet Simulator
– Fire Fighting Station
– Briefing Area
– Smoke House & Confined Space
– EBS LAB
– Classroom
– Life Boat & Muster Area

Jika anda lepasan SPM dan mempunyai minima 3 Kepujian, anda sudah pun layak untuk memohon program diploma di Ranaco Education & Training Insitute.

Setelah memohon anda akan dihubungi melalui panggilan telefon / whatsapp oleh Pegawai Perunding Akademik kami untuk keputusan permohonan dan penerangan lanjut pendaftaran.

Jadi pada yang berminat untuk memohon dan ingin tahu info lanjut boleh klik pada butang dibawah: